Adakah anda sedang berlindung dari perisai LEMAK? Semakin hari semakin padat dan bertambah. Jauhkan “tayar spare” anda mulai hari ini dan hidup akan menjadi lebih indah. Ini sebabnya mengapa anda perlu berubah dan membebaskan anda dari lemak dan kegemukan:
Jangka Hayat yang Lebih Lama
Adakah anda ingin hidup lebih lama akan datang? Benar, segala hayat hidup dan mati ditentukan Tuhan. Tetapi pernahkan anda terlihat ada orang yang menghabiskan hidupnya dengan terlantar kerana obese? Anda mungkin boleh mencari rawatan dengan wang dan mencari Holy Grail untuk hidup lebih lama dan kekal awet muda atau ini semua boleh dikecapi dengan hanya kikiskan lemak anda. Kajian dari “The New England Journal of Medicine” menunjukkan bahawa subjek yang mempunyai BMI (Body Mass Index) melebihi paras 27.5 akan lebih terdedah dengan risiko kematian melalui penyakit kardiovaskular atau barah. Sila semak BMI anda dengan membahagikn berat anda dalam kilo kepada tinggi kuasa dua dalam meter, atau google BMI calculator dan isikan butiran anda.
Lebih Kegembiraan & Kebahgiaan
Hilangkan kecomelan lemak anda boleh membuatkan dunia semakin indah buat anda. Dalam satu kajian dari Universiti Pennsylvania, subjek yang menghadapi masalah kemurungan kemudiannya menurunkan berat badannya sebanyak lapan peratus akhirnya dilaporkan menampakan tanda perubahan ke arah positif tahap kronik kemurungannya.
Kurang Kecederaan
Mengisi lemak di badan mengakibatkan anda lebih terdedah kepada kecederaan kerana lemak memberi tekanan kepada otot-otot, tendon and urat anda. Menjadi gemuk menyebabkan anda dua kali lebih cepat untuk tercedera semasa bersenam. Dipetik dari kajian “British Journal of Sports Medicine”
Meningkatkan Tahap Kecerdasan Minda
Menjadi lebih kurus boleh menyebabkan anda lebih bijak. Penyelidik US menjalan satu ujian ke atas 150 orang dimana berat meraka adalah melebihi 136Kg. Tiga bulan selepas itu subjek diuji semula, subjek yang kehilangan 23kg selepas 3 bulan lebih peka dan daya penaakulan lebih tajam sedangkan selebihnya yang kekal gemuk mempunyai masalah nyanyuk dan mudah lupa.
Menurunkan Kadar Tekanan Darah
Kehidupan moden sangat memberi tekanan, jangan biarkan lapisan lemak memburukkan keadaan. Mereka yang mengurangkan berat 4.5kg dalam masa 30 bulan telah mengurangkan risiko Hypertension (Tekanan Darah Tinggi), ini berdasarkan kajian “Annals of Internal Medicine”.
Mengurangkan Kecederaan dan Kesengsaraan Fizikal dan Mental
Rata-rata manusia menginginkan kehidupan yang penuh dengan kesejahteraan dan kesihatan yang baik, jadi kurangkan berat badan anda mulai saat ini. Kajian penduduk Amerika mendapati manusia yang BMI bawah dari 18.5 mempunyai 8.9 peratus lebih rendah dari terdedah dengan risiko sakit lutut anda 3.6 peratus lebih rendah terdedah dengan risiko sakit belakang.
Peluang Rendah dihinggapi Penyakit
Menjadi gemuk bukanlah suatu penyakit tetapi kelebihan berat dari kadar yang sepatutnya akan meningkat risiko ke arah penyakit. Lelaki yang berjaya mengurangkan berat badannya dalam masa 5 tahun mempunya risiko yang lebih rendah terhadap diabetes (Kencing Manis), ini berdasarkan kajian terdapat 7000 lelaki di dalam “Journal of Epidemiology & Community Health.
Justeru, ambil peluang bersempena dengan Bulan Ramadhan ini untuk mengurangkan berat badan anda. Berbukalah dengan bersederhana dan berhenti sebelum kenyang sampai perut kesenakkan. Jaga pemakanan anda sewaktu hari raya dek rumah terbuka yang berselang seli gantinya. Lakukan senaman sekurang kurangnya 30 minit – 3 kali seminggu.
Mulakan dengan senaman untuk beginner yang saya buat sewaktu outstation. Tiada alasan untuk tidak bersenam.
Tips 30 minute bersenam di mana-mana.
Joggin untuk panaskan Badan – 10 Minutes
Beginner Squat – 12 Kali x 3 Set
Push-Up (Tekan Tubi) – 10 kali x 3 set
Lunge – 10 Kali x 3 Set (Kaki Kanan 10X + Kaki Kiri 10x = 1 Set)
Abs Crunch – 20 Kali x 3 Set
Plank – 30 Saat untuk beginner, 45 saat untuk intermediate & 60 saat untuk yang dah mahir. Lakukan 3 Set.
Strecth dan selesai
Hari Workout yang Disyorkan (Isnin, Rabu & Jumaat)Jangan dilakukan setiap hari kerana badan dan otot anda perlu berehat sekurang-kurangnya 24 jam untuk kembali memberi kekuatan kepada anda.
Selamat Mencuba!!
http://www.aidilazhar.com/kesihatan-2/bebaskan-diri-anda-dari-lemak-dan-kegemukan/#
No comments:
Post a Comment