Kali ini aku ingin kongsikan 6 tips menarik untuk mengelak makan
secara berlebihan (sekaligus kegemukan) seperti yang dicadangkan oleh
penulis, pakar kesihatan dan kecergasan, Jayden Chen di dalam bukunya “Slim Malaysians“. Tips berikut adalah terjemahan dan olahan semula oleh Susu Sejat.
1 – Pandai membezakan antara ‘haus’ dan ‘lapar’
Selepas makan, kepekatan darah akan meningkat (kehadiran glucose dan
asid amino), dan kita memerlukan air untuk ‘mencairkan’ kembali darah
dalam badan. Sekiranya korang masih
belum berasa kenyang selepas satu-satu hidangan (seperti sepinggan
nasi), minum dulu segelas air kosong, tunggu beberapa minit dan lihat
jika apa yang diperlukan badan korang itu adalah betul-betul makanan atau sekadar air.
2 – Makan secara perlahan
‘Stretch receptors‘ pada perut mengambil masa 20 minit untuk menghantar signal ke otak, memberitahu jika diri korang sudah kenyang, atau sebaliknya. Andaikata korang makan terlalu cepat, korang mungkin akan terlebih makan daripada yang sepatutnya.
3 – Makan dengan 4 deria
Beri penghargaan kepada makanan yang dinikmati. Makanlah menggunakan 4
deria utama manusia, iaitu bau (hidung), rasa (lidah), penglihatan
(mata) dan sentuh (kulit). Nikmati bau makanan, selami rasa makanan
tersebut, hargai bagaimana ia dipersembahkan, sentuhlah makanan tersebut
dengan jari korang, dan hargailah hidangan tersebut.
4 – Jangan abaikan sarapan pagi
Kita perlukan sebuah ‘suis’ untuk membuka metabolisma yang ‘tertutup’
semenjak kita tidur (malam) 8 jam yang lalu. Dan suis ini tidak lain dan
tidak bukan ialah sarapan yang sihat dan berkualiti. Sarapan pagi
adalah amat penting untuk memastikan tubuh kita bersedia dan mampu
bekerja pada hari tersebut dengan baik dan sempurna. Kajian menunjukkan
80% individu yang berjaya menurunkan dan mengekalkan berat badan adalah mereka yang tidak pernah meninggalkan sarapan pagi.
5 – Sentiasa minum air kosong
Minum kira-kira 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari. Kajian di University of Washington menunjukkan minum segelas air mampu menurunkan selera makan kepada beberapa tahap.
6 – Jangan berlapar
Yang ini aku sendiri pun pernah komen dalam entri susu sejat yang lalu.
Jangan sesekali berlapar kerana apabila berlapar, badan manusia sehabis
boleh akan cuba mengelak untuk turun berat badan berikutan kurangnya
sumber input (makanan), dengan merendahkan kadar metabolisma supaya
badan tidak terus susut (Ya, susut berat badan itu memang difahami oleh
badan kita sebagai suatu malapetaka yang harus dielakkan. Anggap badan
kita seperti sebuah bank. Sekiranya wang simpanan korang di bank mula susut, agak-agaknya, apa yang korang akan lakukan supaya tidak jatuh muflis? Berjimat-cermat? Maka badan kita juga adalah seperti itu).
http://sususejat.com/tips-untuk-mengelak-tabiat-overeating-dan-kegemukan/
No comments:
Post a Comment