Di Islamabad, seorang ketua polis
Pakistan telah mengarahkan 175,000 anggotanya mengamalkan diet, kata
beberapa pegawai semalam. Media media di negara itu menyifatkan arahan
itu sebagai ‘pertempuran memerangi perut buncit’. Ketua Polis Punjab,
Habibur Rahman telah mengarahkan supaya anggota-anggotanya memakai
seluar yang mempunyai ukuran pinggang tidak lebih 96 sentimeter.
Polis Pakistan perut buncit
Ketua Polis Pakistan arah atasi masalah perut buncit
Seorang ketua polis Pakistan telah mengarahkan 175,000 anggotanya mengamalkan diet, kata beberapa pegawai semalam.http://terbakor.com/2012/06/19/anggota-polis-pakistan-diarah-atasi-perut-buncit-terbakor/
Akhbar-akhbar tempatan menganggap arahan itu adalah sebagai ‘pertempuran memerangi perut buncit’.
Seorang jurucakap polis, Nabila Ghazanfar berkata, Ketua Polis Punjab, Habibur Rahman telah mengarahkan supaya anggota-anggotanya memakai seluar yang mempunyai ukuran pinggang tidak lebih 96 sentimeter.
“Saya sedang berdiet dan jika saya boleh melakukannya mengapa tidak anda?” kata jurucakap tersebut yang memetik kenyataan Habibur kepada para pegawainya pada bulan lepas.
Menurutnya, kira-kira 50 peratus anggota polis di Punjab mempunyai berat badan berlebihan.
Akhbar The News melaporkan bilangan anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan di bandar Rawalpindi berjumlah lebih 77 peratus.
Polis menyatakan, anggota-anggota tersebut diberikan tempoh sehingga 30 Jun ini untuk mengurangkan berat badan.
Ia menjelaskan anggota-anggota yang dilihat terlalu gemuk tidak akan diberikan tugas di barisan depan bermula pada 1 Julai depan.
“Sejumlah pegawai polis mengunjungi gimnasium, berjoging dan melakukan pelbagai senaman termasuk banyak berlari untuk menjadi kurus,” kata jurucakap tersebut. – AFP
No comments:
Post a Comment