Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat.
Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya.
Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.
Kali ini saya nak kongsi petua dan cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah dan mudah tetapi berkesan.
1. Senaman Berterusan
Badan
perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta
membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian
tertentu mengikut keperluan.
Berjalan,
skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi)
secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif
tetapi tidak konsisten.
2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.
Badan
berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan
proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah
sama.
Tidur
tidak tentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk
kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makanan Kesihatan (Supplement)
Jika anda
bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang,
pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan
kesihatan badan.
Sesetengah
vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak
berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya
sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan
tambahan atau supplement.
Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.
4. Berfikir Masak-masak Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program
kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan
kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran.
Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran.
Kata mahu
sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan
ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang
terjejas?
Sedangkan
dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua
risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.
Walaupun
pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari
boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses
pencernaan makanan tidak konsisten.
Ini
menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan
seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding
orang yang tidak meninggalkan makan pagi.
7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan
boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting
karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.
Seharusnya
anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini
membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.
9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit.
Elakkan
sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi
hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain
bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat
yang kita amalkan.
Jangan menyuntik racun ke dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.
10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan.
Kecuali
akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan
patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik.
Namun bagi
seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan
pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.
11. Jaga Tindakan & utamakan keselamatan
Tidak
berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi
akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan
jejantas.
Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.
12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman.
Selalulah
lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan
kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV
bukan pembunuh, jika dikesan awal.
Sumber:http://www.blog.khaltamarplus.com/2010/12/cara-paling-malas-dan-murah-untuk-kekal.html
No comments:
Post a Comment