Sistem pertahanan dalam tubuh manusia
sangat berguna bagi memastikan agar kita kekal sihat dan bertenaga
untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Dengan adanya sistem imun yang
kuat, ia dapat melindungi tubuh kita seterusnya terhindar dari pelbagai
jenis penyakit. Gabungan rendaman air detox ini terhasil daripada 1/2
biji limau nipis, 1/2 biji buah oren dan 1/2 biji buah lemon yang
diperahkan jusnya atau boleh juga dibiarkan terendam selama beberapa jam
di dalam gelas yang berisi air kosong. Boleh juga ditambahkan 3 helai
daun pudina jika suka. Amalan minum air ini bukan sahaja dapat
meningkatkan sistem pertahanan tubuh malahan memudahkan sistem
perncernaan dan membantu melegakan pedih ulu hati.
Sumber: http://diarikurus.com/mesti-cuba-21-resepi-minuman-detox-yang-menyihatkan/
No comments:
Post a Comment