Buah tembikai biasanya dimakan sebagai
pencuci mulut. Khasiatnya kaya dengan air, serat, mineral dan
vitaminnya. Jika ada lebihan buah ini, jangan biarkan ia tersimpan di
dalam peti begitu sahaja. Potong buah tembikai ini kecil-kecil, masukkan
air masak ke dalam jag pengisar separas buah dan kisar halus. Sejukkan
seketika dan sedia untuk diminum. Tetapi harus diingat, jus tembikai
tidak mampu bertahan lama, jadi buangkan ia jika tidak diminum dalam
masa 24 jam dan buat sahaja yang baru.
No comments:
Post a Comment