Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni,
takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh
kurangkan berat badan dengan cepat.
1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.
Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.
Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan.
Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.
Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.
* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan
Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan
Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau
Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit
Habis, Badan Tetap Juga Naik.
* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat
Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan
Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu,
Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat
Membakar Lemak.
* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan
Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam
Masa Yang Singkat.
* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada
Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih
Sekali Dalam Seminggu.
* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri
Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap.
Jangan Risau…
Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…
Informative post. But let me share very interesting video berkaitan fenomena Magic Diet di Amerika. Slot bual bicara dari abcTV Amerika. Just go to http://goo.gl/OFs5uj & watch ! Thanks
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletePerkongsian yang best. :)
ReplyDeletetips yang sangat berguna :)
ReplyDeletewww.mnmforlife.blogspot.com
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete