Apa itu Diet Atkin


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.


Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.


Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.


Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu

Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat

- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices

2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat

Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)

2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat

3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat

- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.

4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm:

Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.

2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.

3.) Daging goreng kering

4.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)

3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Syarat-syarat Induction


1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.

2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.

2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.

3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.

2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.

2.) Jauhi gula2 / coklat.


Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.

2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!


Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.

2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.

2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.

3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.

4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.

5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.

6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.

2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.

Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.

Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.


Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.


Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.

Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.


Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.


Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Disunting Daripada www.atkins.com

mengapa diet harimau?
( semua gambar dalam ni aku pinjam google.. utk hiasan saja yee)


Bila orang tanya ko buat diet apa? aku selalu cakap aku buat diet harimau... hehehee... sebab makan daging dan ayam jerkk takpun steak.. yum yumm tak macam orang diet pun!

Sebenarnya saya dah lama nak kuruskan badan... rasa rendah diri jugak bila badan gemuk. Bila saya pikir positif.. rasanya ada yg lebih gemuk dari saya. Hehe heee..

dari bujang ... saya kategori tembam. Family saya lak.. memang jenis badan dan rangka yang besar... memang kami besar besar.. tinggi dan membesar.. keturunan kot.. tapi bangga apa? bukan semua orang mcm family aku.

kalau cakap tentang diet aku cukup menyampah... aku menyampah tengok manusia yang tu takmo makan .. ni tak mo makan.. takut gemuk! memang aku sakit ati.. bagi aku time sihat ni la nak makan esok esok..dah sakit bila nak makan.? sekat tekak utk cantik.. tu bukan aku. tapi kalau berpantang sebab sakit.. aku akan buat.. no hal punya.. but not for diett...

saya bulan lepas..dan tahun tahun sebelumnya.


sehinggalah aku berkahwin .. mengandung dan melahirkan.. pasal pantang masa ngandung memang aku buat..bertungku barut urut ubat semua aku turut. so badan slim jap... now bila aku duk baca produk kurus teringin gak nak cuba.. tapi dari aku sakit baik tak yah.. walaupun saiz aku besar..darah tinggi, kencing manis , jantung, kolestrol aku ok jerr...


bab masak ko jgn cakap semua aku suka..masak dan makan! sedap sedap...


Di jadikan cerita ..sebab suami punya pasal..aku nak hadiahkan aku yang cantik.. hik hik hikk..


So aku bermulalah pencarian cara menguruskan badan tanpa mengorbankan semua yang aku suka.? ada ke?


Di situlah dtgnya Diet Harimau aku...


'gajah makan pe?'


'gajah makan tebu?'


'harimau makan pe?'

'harimau makan daging?'


'harimau ke gajah yang gemuk?'


'gajah.....'


'napa bukan harimau?kan harimau makan daging?'


'ha'ah..kan? .. so aku nak buat diet harimau....'


'ari hari makan daging.. jangan makan buahan , nasi pun tumbuhan pe?


dan mesti ada orang kata perut rimau mana sama dgn perut manusia.. betul betul betul.. tapi ni sekadar lawak aku jerrr


dan aku telah jumpa diet yang ikut hati aku tuu..


namanya ATKIn DIET...


WOW baru seminggu semua baju lama aku dah boleh pakai seronoknya....!!!!


di sinilah bermulanya diet harimau aku...



http://taknakgemuk.blogspot.com/

Jom fahami.... Apa itu Kabohidrat?


Karbohidrat merupakan satu kemasan dari tenaga suria yang digunakan oleh semua kehidupan di bumi ini. Karbohidrat dibentuk melalui fotosintesis, yaitu sebuah proses gabungan yang melibatkan air, karbon dioksida dan pigmen hijau klorofil untuk menangkap tenaga suria. Hasil yang dikenali9 dengan nama glukosa (karbohidrat sederhana atau gula).
“Carbo”artinya karbon dan “hydrate” artinya air. Karbohidrat secara hampir exclusif hanya terdapat pada makanan nabati ( makanan nabati merujuk kepada makanan yang terdiri dari sayur-sayuran, biji-bijian, padi-padian, kacang-kacangan, dan buah-buahan)


Sistem pencernaan kita mengolah semua karbohidrat dengan cara yang sama, semua dipecah menjadi glukosa. Darah menyerap glukosa dari usus dan tubuh menggunakannya sebagai tenaga.


Menurut jenisnya karbohidrat dipecah menjadi dua:


1. Karbohidrat sederhana, menunjuk kepada gula (termasuk glukosa dan fruktosa dari buah-buahan dan sayuran, laktose dari susu dan sukrosa dari tebu atau gula tebu).
2. Karbohidrat kompleks menunjuk kepada starch, juga termasuk cellulosa atau serat yang terdapat pada makanan nabati.


Apa hubungannya karbohidrat dengan gula?
Dari penjelasan diatas kita memahami bahawa karbohidrat didalam tubuh akan dipecah menjadi glucose (gula) dan darah akan membawa glucose (gula) keseluruh tubuh kita dan diserap tubuh dan diolah menjadi sebagai tenaga. Jadi gula juga karbohidrat.


Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang paling banyak di dunia ini dan karbohidrat memberikan tenaga yang terbaik untuk berbagai fungsi tubuh manusia.
Makanan yang menghasilkan tenaga juga boleh di dapati daripada sumber lain seperti lemak, atau protein, tetapi karbohidrat tetap merupakan sumber tenaga yang utama.


Makanan dengan kandungan kadar karbohidrat hampir 100% adalah gula pasir, makin putih warna gulanya, makin tinggi kandungan karbohidradnya.
Bahan makanan berkabohidrat tinggi : Gula, beras, gandum, ubi (semua jenis ubi, termasuk lobak merah), jagung, sagu.
Contoh makanan jadi yang berkarbohidrat tinggi:
Roti, Nasi, Jagung, Gandum, Mie, Bihun,, Kwetiaw,, Bubur, Kentang, Biskuit
Sebenarnya semua jenis sayuran mengandung karbohidrat, tapi karena kandungan seratnya yang tinggi, maka sayuran dimasukkan dalam makanan jenis berkarbohidrat rendah. Serat sendiri adalah karbohidrat juga sebenarnya (mengandung C,H dan O), tapi karena usus kita tidak boleh mencerna serat tumbuhan maka serat tersebut tidak boleh dicerna menjadi gula sederhana oleh usus manusia.


Ini berbeza haiwan seperti lembu, kambing atau lainnya, ususnya mempunyai enzim untuk mencerna serat tumbuhan menjadi gula sederhana. Gula sederhana (glukosa) adalah sumber tenaga bagi tubuh.

harap paham yee.. beza dgn diet kalori.. so jangan nak makan buah laks.. jangan makan oats... hehheee..


dan... pada hari ini bemula satu cerita baruku...

para pembaca blogku sekalian,,, sesungguhnya aku tak tahu apa yang jadi pada diri aku..
tapi ada satu berita gembira untuk aku. badan aku dah 70 kg balik heheehee berjayalah aku tuhh.
namum ada satu yg pelik sbb aku tak teruskan atkin ...? camna ye?
ada satu lubuk keinsafan menusuk kalbu aku ... sewaktu aku membelek belek dia yang Mulia. Aku memang ngaku mencintainya..jangan tanya banyak..nanti aku sebak.
so.. sesapa rasa nak meneruskan atkin di persilakan... dan sesiapa rasa tak mampu tahan nafsu makan tuhh ikutlah atkins.. korang boleh balasah satu ekor ayam sehari.. sesiapa nak diet kalori ikut korang le...
aku? .. masih meneruskan dietku..tapi kalai ini dan selamanya insyallah...
bukan diet kalori..
bukan juga diet atkins..
tapi diet dia yang tercinta..
makan ikut dia yang tercinta...
satu minggu aku kurang 3 kg..
dia yang tercinta mengajar aku
tapi aku yang bingai..
tak faham faham...
dialah rasullullah ..
dia juga pesan cantik untuk suami..
jangan laks lepas ni tunjuk body kat opis..
kalau badan kurus shape cantik..elok la koo pakai jubah pi pejabat
itulah pesanan untuk aku.

lagi satu..aku rasa cam sakit pinggang..
betul la diet atkin bagi buah pinggang kerja banyak..
tapi salahnya aku juga, tak kisah lee sbb makan ubat kurus pun boleh buat sakit buah pinggang.
tapio diet rasullullah tak buat sakit pinggang..sihat lagii
so aku akan terus kan diet akuu ikut pengetahuan aku dan pencarian aku
nak ikut dipersilakan..
tak nak ikut .. aku tak paksa... tapi jgn nak marah marah aku (nak marah gak sila jgn buka blog aku ..jgn baca pe yg aku tulis)sbb setakat ni aku dah tukar 3 kali diet... pepun aku masih mencari yg terbaik
dan aku yakin inilah yg terbaik..
so mkenu aku untuk hari ini adalah berkait dgn diet baru aku..
ok la sesiapa nak bantah.. bantah dlm hati... sbb menu aku ikut rasa naluRi aku..
SEBAB bila kita dah tak biasa makan nasi ..makan skit pun dah rasa kenyang...
http://serihati-aku.blogspot.com/p/apa-itu-diet-atkin.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...