Hakikatnya, kegemukan boleh terjadi disebabkan kurangnya air dalam tubuh kita. Walaupun begitu, adalah penting untuk mengelakkan pengambilan minuman bergula dan gas, sebaliknya disarankan untuk banyak minum air kosong.
Amalan minum air kosong dapat membantu buah pinggang untuk menyingkirkan lebihan air dan toksin dalam badan dengan lebih cepat sekaligus menjadikan tubuh lebih cergas dan sihat. Bahkan lemak-lemak yang tidak diperlukan oleh badan juga dapat dikeluarkan secara semula jadi melalui air kencing.
Berdasarkan kajian, seseorang remaja perempuan memerlukan 50 peratus air kosong untuk kekal sihat dan langsing bagi mendapatkan berat badan yang ideal.
Namun demikian, amalan minum air kosong dengan kerap dan banyak perlu disertai dengan diet pemakanan yang seimbang. Jika tidak usaha untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing mungkin hanya sia-sia sahaja. Oleh itu, elakkan juga pengambilan makanan yang berminyak, berlemak dan bergula dalam kuantiti yang banyak kerana apabila lemak sudah berkumpul, maka ia akan mengambil tempoh yang lama untuk disingkirkan.
panduan berkaitan:
minum air banyak boleh kurus | kurus dengan air kosong | punca gemuk air | minum air banyak boleh gemuk | minum air kosong untuk kurus | minum air untuk kurus | minum banyak air untuk kurus | air kosong boleh kuruskan badan | petua hilangkan gemuk air | minum air boleh kurus |http://carauntukkurus.com/kurang-air-boleh-sebabkan-gemuk
No comments:
Post a Comment