Sekiranya diet yang anda amalkan itu salah, biasanya tubuh akan memberikan amaran. Berikut adalah beberapa isyarat amaran yang akan diberikan oleh tubuh badan:-
- Pening, mudah penat dan tidak bermaya
Jika anda mengalami keadaan begini semasa melakukan aktiviti harian yang biasanya dilakukan dengan lancar sebelum berdiet, itu tandanya tubuh anda kini kurang pengambilan karbohidrat dan gula. Jangan mengelakkan dua jenis unsur ini jika anda tidak mahu pengsan kerana kekurangan gizi seimbang.
- Mudah tersinggung
Ada orang akan berasa mudah meradang, mudah tersinggung dan hilang tumpuan bila badan berasa lapar. Jadi jangan biarkan perut terus kosong. Sebolehnya cuba makan sedikit tetapi kerap. Perut yang kosong boleh membuatkan seseorang itu berfikiran kurang sempurna kerana otak kekurangan nutrisi.
- Mual dan nafas berbau
Rasa mual dan nafas berbau merupakan peringatan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan usus anda. Jadi segeralah perbaiki pola pemakanan sebelum usus menjadi mangsa.
- Kulit kering dan kusam
Vitamin E dan C yang diperlukan oleh kulit banyak diperolehi melalui makanan yang kita ambil. Memiliki tubuh yang sihat adalah sebahagian daripada keperluan untuk kelihatan cantik. Jadi pastikan diet yang diambil itu betul dan mengandungi zat tubuh yang diperlukan jika mahu berdiet dengan sempurna dan secara sihat.
- Buang air kecil dan besar secara berlebihan
Pembuangan air secara berlebihan akibat kesan ubat pelangsing boleh menyebabkan badan mengalami dehidrasi jika tidak memulihkannya semula. Dehidrasi yang berlebihan dan melampau boleh menyebabkan kematian.
panduan berkaitan:
metformin untuk kurus | singlet kurus | singlet perut boroi |
http://carauntukkurus.com/tanda-tanda-salah-diet
No comments:
Post a Comment