Makanan Anti-Kolesterol

Soya
Kacang soya adalah makanan popular yang diproses untuk mendapatkan susu soya yang mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin serta zat galian. Selain menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis kacang soya juga kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) danmeningkatkan kadar lemak baik (HDL)
Kuaci
Kuaci mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Disyorkan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
Buah Kering
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid.  Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang dan delima.
Buah Epal
Amalan makan sebiji epal hijau setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat yang dapat membantu mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah himpunan lemak dalam badan.
Ikan Tuna
Termasuk dalam sumber asid lemak Omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL atau lemak jahat.
Kacang Tanah
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E.  Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
Buah Mangga
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Untuk makluman, sumber lain termasuklah buah kedondong, belimbing, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah pembentukan kolestrol LDL dalam tubuh.
Kismis
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
Bijirin Oat
Banyak kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat justeru mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol dalam badan.
Jambu Batu
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan pengambilan jambu batu setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

panduan berkaitan:

cara mengurangkan kolesterol | petua hilangkan kolesterol | kurangkan kolesterol | makanan hilangkan kolesterol | cara cara mengurangkan kolesterol dalam badan | MAKANAN SIHAT | cara kurangkan kolesterol dalam badan | cara untuk kurangkan kolesterol | petua untuk kurangkan kolestrol | kurangkan kolesterol dalam badan |

 http://carauntukkurus.com/makanan-anti-kolesterol

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...