Masalah berat badan
sering menghantui kebanyakan individu. Ianya seperti berhantu. Ramai
yang dah lama berdiet, namun hasilnya AGAK mengecewakan. Akhirnya, usaha
itu terkubur. Memang SEDIH.
Kenapa lar boleh jadi camtu?
Atas sebab itu, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mengapa ia kurang berkesan menurunkan berat badan? Kalau turun pun, hanya beberapa kilo aje. Walhal dah lebih 8 bulan berdiet. Penat tau!
Beratku cuma turun 3 kilo je?
Di sini, saya kongsikan 7 sebab yang membuatkan anda gagal mengurangkan berat badan. Sila ambil perhatian ya. Supaya anda tahu punca sebenar diet anda tak menjadi. Bukan tak jadi lah! Kurang menjadi jer
1. Elak waktu makan
Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.
Sebaliknya, anda perlu mengisi perut
pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya
sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari
anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.
Begitu juga dengan makan malam. Anda
sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih
kurang dalam pukul 7 malam.
2. Enggan bersenam
Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau
tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan
senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan
membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat
badan anda boleh turun.
3. Enggan menyentuh kalori
Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.
Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;
Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari
Wanita ~ 2000 kalori setiap hari
Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??
Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.
4. Hanya makan buah dan sayur
Jika cuma ambil buah-buahan dan
sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan
karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang
berpatutan.
Imej - Steve Baccon
5. Suka salad mayonis
Tak dinafikan, salad yang dicampurkan
dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah
ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.
Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...
6. Tak minum susu langsung
Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?
Tapi, pengambilan susu rendah lemak
membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan
juga menurunkan berat badan anda.
Anda masih ragu-ragu akan kepentingan susu?
Sila ketahui dulu ~ Kenapa Anda Perlu Minum Susu?
7. Penurunan berat badan yang mendadak
Sepatutnya anda perlu risau dengan
keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda.
Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.
Jika lebih dari julat tersebut, ia
akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa
bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.
Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa aku dah puas berdiet, tapi berat masih gak tak turun-turun?" terjawab.
No comments:
Post a Comment