Menurut Dr. Jimmy Bell, seorang profesor molekul di Imperial College London di England:
“Kurus Tidak Bermakna Badan Anda Tidak Gemuk Dari Segi Lemak Simpanan Berlebihan.”
(Sumber: http://www.msnbc.msn.com/id/18594089/)
Beliau terus berkata, orang-orang yang gemuk di dalam biasanya mempunyai tubuh badan yang mendekati keadaan obesiti. Mereka ini makan terlalu banyak makanan berkalori tinggi (seperti lemak dan makanan manis) dan senaman terlalu sedikit untuk menggunakan kesemuanya – tetapi mereka tidak makan sehingga paras untuk benar-benar menjadi gemuk (obes).
Para saintis percaya tubuh badan kita akan menyimpan lemak berlebihan di sekitar perut pada mulanya, dan lepas itu akan mula menyimpannya di bahagian anggota badan lain (misalnya, dibawah lapisan kulit di punggung, paha dan lengan).
Lemak berlebihan yang terkumpul di sekitar organ-organ perut adalah dikenali sebagai lemak viseral, manakala tisu lemak yang terbentuk di bawah lapisan kulit adalah dikenali sebagai lemak subkutan.
Menurut laporan, orang-orang yang menjaga berat badannya melalui diet sahaja dan tanpa senaman yang cukup cenderung mempunyai simpanan lemak dalaman (internal fat) yang tinggi, sungguhpun tubuh badan mereka itu kelihatan kurus.
Cara yang yang paling baik untuk menghapuskan simpanan lemak dalaman (lemak viseral) dari tubuh badan seseorang yang kurus, supaya dia bolehmengatasi masalah kegemukan, ialah melalui senaman (fizikal aktiviti) yang cukup serta pengambilan pemakanan yang seimbang.
Nota: Artikel ini adalah sumbangan daripada Abby Tan di Sabah, Malaysia.
No comments:
Post a Comment