1. Roti Canai

Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.
2. Nasi Lemak

Nasi
lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan
yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam
350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam
600kcal.
3. Fast Food

Fast
food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia
berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh
cecah 900kcal.
4. Local Fast Food a.k.a Mamak

Bagi
saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan
yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam
500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih
segenggam.
5. Donuts

Tren
makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak
makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah
1200kcal.
6. Pisang Goreng

Pisang
goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar
untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang
goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).
7. Minuman Bergula

Masalah
minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama
kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula
berkarbonat = 150kcal.
8. Teh Tarik

1x
Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah
teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap
hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.
9. Kuih Muih

Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.
10. Nasi

Sebenarnya
bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi
salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi
cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana =
150kcal.
Bonus: Gaya Hidup.

Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/top-10-makanan-malaysia-paling-menggemukkan/
No comments:
Post a Comment