Hiris sebiji epal dan sebatang rhubarb,
lalu masukkan bersama sebatang kulit kayu manis ke dalam segelas air
yang berisi 3 ketul ais. Buah epal membantu dalam mengekalkan kesihatan
tulang dan otot, manakala kayu manis pula merupakan salah satu herba
yang paling berkesan sebagai penggalak metabolisme.
Rhubarb pula merupakan sayuran merah
yang mengandungi vitamin K yang membantu dalam pembekuan darah. Ia
juga mengandungi beberapa antioksidan yang membantu meningkatkan
kesihatan kulit, mata, jantung dan sistem imun pada tubuh badan
serta membantu metabolisma lemak. Ia digunakan untuk merawat buasir,
darah beku, sembelit dan kolesterol tinggi. Namun begitu, tumbuhan
rhubarb ini tidak sesuai untuk mereka yang menghidap gout, batu karang,
wanita hamil, ibu yang menyusukan anak dan sewaktu haid.
Sumber: http://diarikurus.com/mesti-cuba-21-resepi-minuman-detox-yang-menyihatkan/
No comments:
Post a Comment