Dalam bulan puasa, kebanyakan kita pastinya berazam untuk mengempiskan perut.
Jika tidak bulan ini, bila lagi, kan? Tetapi dek kerana tergoda dengan
juadah yang menggiurkan di bazar ramadhan, hasrat itu semakin dilupakan.
Godaan banyak sangat, mana tahan beb! Huhu...
Sehubungan ini, saya ingin kongsi
sedikit beberapa jenis makanan yang membantu kita mengempiskan perut.
Secara umumnya, kita memerlukan makanan yang mengandungi kandungan air
yang tinggi. Ini bagi mengelakkan dehidrasi.
Dehidrasi mengakibatkan tubuh kita
menyimpan lebih banyak air. Di mana masa inilah berlakunya pembengkakan
dan perut kembung. Itu yang kekadang kita pelik, kenapalah perut aku ni
buncit semacam jer, kan?
Justeru, sekiranya hal ini terjadi, kita perlulah minum banyak air masak. Itu salah satu caranya.
Di samping banyakkan meminum air
masak, kita perlu ambil tembikai. Tembikai mengandungi diuretic
semulajadi yang membuatkan kita sering buang air kecil. Secara tak
langsung, perut yang buncit pun akan mengempislah.
Selain tembikai, kita boleh pilih blueberry. Buah beri biru ini memang kaya dengan anti-oksidan bagi mengurangkan lemak perut.
Kemudiannya asparagus. Sup asparagus juga merupakan diuretik semulajadi yang membantu mengurangkan berat air dalam badan.
3 jenis asparagus - wikipedia.org
Begitu juga dengan ikan salmon. Kalau buat sushi sedap ni Ia kaya dengan Omega 3 yang membantu melancarkan sistem pencernaan kita.
Ikan salmon panggang - myrecipes.com
Akhir sekali ialah buah-buahan sitrus
seperti lemon, limau mandarin, limau nipis dan jenis limau yang lain.
Dengan meminum minuman jenis sitrus ini pun dapat melancarkan sistem
pencernaan kita.
Contoh buah citrus - wikipedia.org
Ah-ha!! Begitulah antara hidangan yang
boleh kita utamakan sekiranya mahu mengempiskan perut. Bukan hanya di
bulan Ramadhan. Malah, di bulan-bulan lain juga. Moga cara dan tip kempiskan perut di atas memberi nafas baru kepada kita yang berazam mengempiskan perut.
Semoga berjaya yea. =)
No comments:
Post a Comment