Antara
punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan
sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah 10 tips yang dapat
membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak
langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda
hadapi.
1. Jus limau - Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan,
anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu
membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam
perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti
lemon dan epal hijau.
2. Elakkan minuman sejuk ketika makan - Makanan akan lebih cekap
dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu
badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak
langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda
seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau
suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda
makan adalah lebih baik.
3. Berpuasa - Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk
merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama
islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda
boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang
dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda
tetapkan.
4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur - Salah satu
mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering
diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah
peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat
kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas,
asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.
5. Kombinasi makanan - Salah satu faktor lain yang menyebabkan
masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik
untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen
utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging,
tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini
tidak baik dimakan dalam satu hidangan. Selain daripada itu, pendapat
pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk
kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan. Sumber |
hotreload2u.blogspot.com
http://www.terbaik.my/2012/02/5-tips-mengatasi-masalah-perut-buncit.html
No comments:
Post a Comment