Dalam kebanyakan
seminar-seminar dan email soal-jawap tentang diet, berikut adalah antara
mistake yang sering diulang. Kesilapan berikut
TIDAK akan membantu anda kurangkan berat badan. Jadi pastikan anda tidak amalkan
mistake berikut.
- Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan.
Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus
metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan.
Makan sarapan first thing in the morning.
- Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup
untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling
kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang,
maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.
- Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan.
Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi
pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang
makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
- Elak nasi. Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari.
Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan
kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau
berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu
hidangan.
- Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend
diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan
lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta.
Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap
diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada
hikmahnya.
- Harapkan makanan tambahan. Herbalife anyone? Tiada
masalah dengan Herbalife atau mana-mana makanan suplemen atau makanan
tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk
menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik,
kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan
makanan tambahan. Barulah berkesan.
herbalife? Saya tiada masalah dgn penggunaan herbalife
atau mana2 produk meal replacement. Tapi ia juga makanan dan bukanlah
produk ajaib. Cuma kosnya tidak munasabah untuk penggunaan jangka masa
panjang di Malaysia. Saya prefer whey protein – lebih ekonomi.
Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal
makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda.
Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average.
Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
Elak makanan tempatan. Saya sendiri pun makan di
mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah
makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda.
Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh
menggemukkan.
Terlalu fokus kepada satu perkara. Ada yang ingat
makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet
yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia
merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
Diet jangka masa pendek. Bila dengar perkataan
diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term
tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi
“diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet
anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.
Amalan diet saya SAMA dari january 1st sampai Disember 31. Ia amalan gaya hidup yang TETAP dan bukan program 12 minggu.
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-kesilapan-diet-untuk-kurus/
No comments:
Post a Comment