Tips Kurus Tanpa Makan Ubat Kurus


Tak ada sorang pun dalam dunia ni nak gemuk, semua orang nak kurus. Aku sebenarnya malas nak buat entry kurus ni sebab memandangkan umur aku baru 24 tahun jadi metabolisma masih tinggi. Nak ajar pulak orang yang dah ada 5 6 anak. Memang tak patut. Tapi ketahuilah aku pernah gemuk masa kat kolej dulu. Memang kerja aku time kat kolej dulu adalah belajar sambil makan selam 3 tahun setengah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Hehe!

Masa tu tak ingat nak jaga badan. Aku gemuk pun aku ada pakwe. So what? Apa lagi tak cukup?? Ewah..haha! Selalunya kita akan fikir 'takpe' apa yang 'takpe'???

1. 'takpe' family tak kisah pun aku gemuk.
2. 'takpe' suami aku sayang.
3. 'takpe' aku gemuk pun aku beranak 9
4. 'takpe' aku gemuk pun bukan aku mintak duit kau nak makan.
5. 'takpe' aku gemuk sebab keturunan aku gemuk-gemuk
6. 'takpe' aku gemuk tapi aku sihat
7. 'takpe' aku gemuk tapi semua orang sayang aku
8. 'takpe' aku gemuk tapi aku comel
9. 'takpe' aku gemuk aku tak menyusahkan orang
10. 'takpe' aku gemuk sebab hasben aku pun gemuk

Banyak lagi 'takpe' yang keluar dari mulut kita masa kita gemuk. Aku gemuk dulu *takde la sampai overweight* tapi aku still control jugak. Aku paling berat adalah 52kg. Pipi naik, lengan besar, perut besar, sapa yang pernah baca blog aku awal-awal, masa 2008, memang tau aku gemuk macam mana. Tapi sekarang aku dah save semua entry 2008.

Sebenarnya nak kurus ni perlukan disiplin diri. Kalau ko jenis macam aku, memang susah sikit la. Aku ni kurang disiplinnya. Peraturan sekolah memang ikut. Tapi bab nafsu makan tu payah sikit. Takpe, korang boleh cuba apa yang aku akan terangkan ni. Tapi aku tak sure la kalau berkesan atau tak. Sebenarnya memang akan berkesan kalau korang buat. Tapi kalau korang setakat nak tau dan baca je, sudahnya makin mengembang ada la..huhu!

1. Banyak beli buah

Sepet, takkan ko nak akak makan buah 24jam sehari?? Bila nak makan buah? Bila korang rasa nak kunyah samting. Kalau kau jenis mulut nak mengunyah je kan. Potong buah kecik-kecik, masuk dalam frige (kalau pantry ko ada frige la) kalau takde, bawak je buah tu masuk dalam bekas. potong time nak makan atau ko gigit je lagi senang. Buah apa aku suggestkan?? Buah yang senang korang nak beli la ye. Epal (hijau), Oren, Anggur, Tembikai. Kenapa?? Korang cari kat google. Panjang nau aku nak terangkan kat sini. Huhu!

2. Banyakkan makan sayur

Sapa tak makan sayur??? Takpe. Ini untuk orang yang makan sayur. Cuba korang masa sayur yang dalam dia ada fishball, berkuah, ada isi ketam 2 ketul cukup. Jangan makan nasi. Makan la sayur je. Ini bila nak makan?? Makan la tak kisah bila korang rasa lapar gila. Sapa yang tak makan sayur langsung tu, korang boleh buat sup. Sup apa? Letak la fishball, campur sekali dengan fishcake. Sedap jugak. Potong kecik-kecik nampak banyak sikit kan. hehe!

3. Makan makanan yang kau tak suka.

Contoh. Aku tak suka makan roti. Memang aku tak suka roti. Sebab roti ni cepat kenyang. Lepas tu nanti aku boleh rasa dia mengembang dalama perut aku. Me dont like. Jadi aku akan bawak roti dalam beg. Bila rasa lapar, aku bukak beg dan tengok roti. Euwwww!! Terus takde mood nak makan, hahaha! Tapi kalau lapar sangat, makan la secubit dua. Balik rumah baru masak sup sayur ke sup fishball ke.

4. Minum air masak 30 minit sebelum makan.

Minum banyak-banyak okey. satu botol mineral tu pun boleh. Biar kau kenyang sikit. Nanti nak makan lunch takde la hover sangat. Bawak la air mineral dari rumah. Kalau ko rasa ko ni pelupa macam aku. Set kan dalam fon. Ko lunch pukul 1. Set alarm kat fon pukul 12.30. Kalau sehari ko rehat sampai 2 kali, mana tau ko double shif kan. Minum la dua kali jugak. Jangan malu-malu. Jangan amalkan makan sambil minum. *aku selalu buat, haha* Jangan minum ais masa makan. Kurangkan minum air bekarbonat. (benda-benda ni semua fakta yang semua orang tau)

5.Bersenam (boringggg)

Hahaha! Paling menyampah kan. Nanti ada yang komplen, 'Sepet, akak ni mana ada masa nak bersenam, sharp pukul 5 dah kena balik rumah, tersekat dalam jem, balik kena masak, lepas tu dah penat. akak tido. No time u know' Fioneeee. Aku paham. Aku pernah bekerja jugak dulu. Lucky kerja aku memang start jam 9 pagi sampai pukul 5 petang memang bersenam. Jadi aku tak payah bersenam masa balik. Apa yang korang boleh amalkan, naik tangga ke pejebat. Kalau opis kau tingkat 1. Even dekat je. Jangan la naik lif. Naik la tangga. Kalau opis kau tingkat 11, gila kau nak naik tangga dari LG. Kurus kaki i. Haha! Kalau opis kau tingkat 20 pun. Kau naik lif sampai tingkat 18 pun dah ok. Lepas tu naik tangga. Ajak kawan-kawan naik tangga sekali. Lepas lunch tu kan, naik la tangga. Minggu ni naik satu tingkat, minggu depan up sikit. Macam tu la. Kalau opis ko kat LG?? Bgtau bos suruh pindahkan kau tingkat atas. kuikui!

Cukup la 5 dulu. Tips aku ni semua suruh korang makan. Takde suruh korang jangan makan. Sebab? Aku paham. Bila kita nak kurus. Keinginan nak makan tu membuak-buak. Makin nak kurus makan nak makan. Time tu la mak masak sedap-sedap. Tehkahnan. Jadi aku suruh je korang makan. Tapi makan benda yang cepat hadam. makan buah yang boleh tingkatkan kadar metabolisma, makan benda yang banyak serat. Kalau kau nak makat oat ke tak kisah la. Sebab aku tak suka oat, rasanya seperti habuk bersusu. Huhu!

Lepas tu, tolak semua 'takpe' 'takpe' yang aku cakap kat atas tadi. Jangan asik nak takpe je. Pasal genetic gemuk ni, doctor aku pernah cakap dulu. Sebenarnya genetic yang mempengaruhi kita adalah lebih kurang 5 - 10% sahaja. Tak ada la sampai 100%. Bukanlah kalau semua adik beradik kau big size maksudnya kau akan big size jugak. peratus dia sikit. Tapi sebab 'takpe' 'takpe' ni banyak sangat. Terus nampak macam kalau mak ayah kau big size, jadi ko pun memang akan big size. No No No. Actually cara kita kawal pemakanan dan cara hidup kita memang penting sangat dalam mengawal bentuk badan dan kesihatan kita ye.

Memang orang badan besar akan kata 'yang kurus pun boleh sakit bukan kata yang gemuk je' Bukan aku nak kata orang kurus takde sakit. Memang ada je. Tapi peratusan orang big size ni lebih tinggi la.

Kalau korang nak kurus, perlu ada azam dan disiplin. Kalau hati dan otak je nak kurus. Tapi akal tak boleh kawal nafsu pun tak boleh jugak kan.

Nak kurus ikut, kalau yang dah kurus boleh baca je. kalau berangan nak kurus pun boleh baca jugak. Hehe!

Okbye!!

http://sepet88.blogspot.com/2012/09/tips-kurus-tanpa-makan-ubat-kurus.html

Panduan Diet Tanpa Pil Kurus

Dengan pembangunan ekonomi dan gaya hidup dan diet yang semakin berubah, berat badan yang berlebihan dan obesiti (kegemukan) semakin meningkat di benua Asia.Ini mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit yang berkaitan dengan berat badan berlebihan,termasuk diabetes (kencing manis) penyakit jantung,angin amar dan tekanan darah tinggi.

Diet Berkesan Dengan Pemakanan Seimbang

Obesiti dan berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko kejadian sesetengah kanser,batu karang,penyakit gout,osteoartritis,kemandulan dan lain-lain penyakit.Individu yang berlebihan berat badan dan obes juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu berasa muram disebabkan oleh imej badan yang tidak menarik. Pendek kata,keadaan berat badan berlebihan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup.

Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai masa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.

Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein.Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.

Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini.Jadi,rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.

Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan. Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.

http://www.tip.kuruskanbadan.com/tip-kurus/panduan-diet/

Mengapa Berat Badan Susah Turun!!


faktor-kegemukan
Salam,

Ini soalan yang biasa ditanya pada Kak Zu dan menjadi soalan yang popular.Kak Zu akan jawab diblog ini supaya jelas dan terang.

Ramai diantara kita yang merunggut kerana sudah banyak produk dan ubat menurunakan berat badan dicuba tetapi masih juga gagal menurunkan berat badan yang dikehendaki walaupun 1 kg. Mengapa perkara ini terjadi?

Faktor yang pertama adalah disebabkan toksin yang banyak dalam badan. Toksin yang banyak didalam badan menyebabkan proses penyerapan dan fungsi ubat menurunakan berat badan hampir lumpuh dan tidak berfungsi dengan baik dalam menurunkan berat badan.

Faktor kedua adalah disebabkan faktor metabolisme yang tinggi. Ini menyebabkan pembakaran lemak menjadi terlalu perlahan dan sukar unutk mereka menurunkan berat badan atau dalam erti kata lain mendapat berat badan yang ideal.

Faktor ketiga adalah disebabkan tiada senaman langsung yang dilakukan dalam masa seminggu. Duduk diam dan pasif sahaja.Pergi kerja dan balik kerja. Hari cuti seperti hari minggu dihabiskan disepan televisyen dan menonton rancangan kegemaran sambil makan-makan

Sebenarnya selain daripada diet, senaman ringgan selama 20-30 init 2 kali seminggu paling kurang atau setidaknya 1 kali seminggu juga dapat membantu anda menurunkan berat badan secara konsisten. Tidak sukar berjalan cepat selama 15-20 minit sehari atau mengayuh basikal 30 minit sehari sudah membakar lemak antara 150-300 gram sehari.

Oleh itu,Kak Zu nasihatkan ,ambil sedikit masa dengan beriadah dan senaman ringan,bukan sahaja badan yang menawan tetapi kesihatan juga bertambah baik. Selain daripada 3 foktor diatas banyak lagi faktor lain seperti kolesterol dalam darah dan sebagainya.

http://zuzila.com/blog/tag/faktor-kegemukan/

Minuman Manis dan Kegemukan

Baru-baru ini kecoh seketika akan pengharaman penjualan minuman bergas (berkarbonat) di sekolah-sekolah oleh Kerajaan Malaysia, meskipun pada hakikatnya minuman bergas sudah lama tidak dijual di kantin-kantin di kebanyakan sekolah. Sekali lagi di sini, mengapa mesti minuman karbonat dipersalahkan, sedangkan penjualan ‘minuman-minuman manis’ yang lain masih lagi dihalalkan? Apakah yang membezakan komposisi nutrien minuman bergas dan minuman-minuman yang lain seperti milo ais, sirap bandung, atau teh tarik?

Minuman Bergas

Berbeza dengan teh tarik yang mungkin sebahagian kecil nilai kalorinya hadir berpunca daripada sumber lemak dan protein, minuman ringan hanya mengandungi gula ringkas semata-mata, dan kalori yang wujud dalam minuman ini juga datang daripada gula semata-mata. Kebiasaannya minuman ringan tidak mengandungi protein dan lemak. Perumpamaan untuk komposisi minuman ringan adalah seperti berikut: Air kosong + Gula + Perisa + Karbonat = Minuman ringan/bergas.

Lebih gula, lebihlah dahaganya

Gula yang terkandung dalam minuman ringan adalah merupakan karbohidrat ringkas yang sudah diproses (refined carbs). Pengambilan karbohidrat ringkas seperti ini akan menggalakkan pembebasan insulin dengar kadar yang banyak dan mendadak dari pankreas yang berfungsi untuk membawa gula ringkas tadi masuk ke dalam sel, lalu menukarkannya kepada glikogen di sana.

Ini sekaligus akan membuatkan paras gula dalam darah jatuh secara mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan masih memerlukan ‘sumber makanannya’ – ini mengakibatkan anda akan berasa lebih dahaga (tidak puas dengan apa yang diminum tadi). Akibatnya, sama ada anda akan menambah lagi minuman ringan ini, atau menghabiskan terus sebotol yang dibeli.

Finish soda

Lebih insulin, lebihlah lemaknya

Oleh kerana gula merupakan karbohidrat yang sudah diproses, maka badan tidak akan mengambil masa yang lama untuk mencernakannya. Sifat gula yang mengandungi tinggi glycemix index (G.I) akan membuatkan ia cepat memasuki aliran darah dalam bentuk glukosa, dan dibawa ke serata sel dalam tubuh badan melalui darah dengan bantuan hormon yang kita kenali sebagai insulin.

Sel tidak memerlukan terlalu banyak glukosa untuk menjalankan fungsinya, lalu apakah yang akan berlaku jika ia menerima terlalu banyak glukosa? Glukosa yang berlebihan akan ditukarkan kepada glikogen dan disimpan sementara di dalam sel sehinggalah ia akan digunakan kelak. Namun, persoalan seterusnya akan timbul, apakah yang akan berlaku jika paras glikogen di dalam sel menjadi terlalu tinggi? Glikogen tersebut akan dibawa dan disimpan didalam hati, dan HANYA akan diguna pakai apabila badan berada pada fasa lapar, seperti puasa, dan bersukan berintensiti tinggi (kardio).

Persoalan seterusnya pula akan timbul. Apa pula yang akan terjadi jika paras glikogen dalam hati menjadi terlalu tinggi? (anggap bahawa orang ini mempunyai kadar metabolisma yang rendah, sentiasa makan dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat). Badan akan mengarahkan hormon yang baru sahaja kita kenali tadi, iaitu insulin, untuk menukarkan semua glikogen dalam hati yang berlebihan kepada apa yang kita kaitkan dengan punca obesiti, iaitu LEMAK.

Kesimpulannya?

Dengan mempelajari mekanisma akan bagaimana lemak terbentuk secara asas seperti ini, diharapkan kita akan lebih peka sebelum mengambil sesuatu makanan atau minuman, terutamanya yang mengandungi gula ringkas seperti ini. Pokoknya bukan tidak boleh untuk mengambil gula ringkas langsung, tetapi biarlah mengikut keperluan. Waktu yang disarankan untuk mengambil gula ringkas (minuman ringkas) adalah pada waktu pagi, selepas bersenam atau bersukan, atau ketika berbuka puasa, yang mana ketiga-tiga keadaan ini berkongsi situasi yang sama – paras glikogen dalam badan anda adalah rendah.

Dan soalan terakhir yang saya hendak tinggalkan kepada para pembaca di sini ialah, mengapa Kerajaan Malaysia harus menegah murid-murid daripada membeli minuman manis di kantin ketika waktu rehat SEBELAH PAGI di sekolah? Bukankah mereka (murid-murid) memerlukan guka ringkas segera untuk terus bertenaga pada sebelah pagi di sekolah?

 http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/minuman-manis-dan-kegemukan/

Obesiti: Dua Cara Kuruskan Badan

Individu yang mengalami masalah lebihan berat badan dan obesiti hanya mempunyai dua cara terbaik untuk menguruskan badan.

Langkah yang perlu diambil ialah mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten.Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila berkata, ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak badan dan bukannya air atau otot badan.



Menurut beliau, langkah menguruskan badan yang terbaik apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan satu kilogram setiap minggu.``Individu perlu ingat, penurunan berat badan dengan kurang mengambil air akan menjadi sia-sia kerana ia hanya sementara,'' katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau memberitahu, kegemukan berlaku disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan.Katanya, ia berlaku apabila pengambilan tenaga berlebihan daripada penggunaan tenaga seperti pengambilan makanan tinggi kalori, lemak, gula, makanan segera, minuman berkabonat, hidangan makanan yang bersaiz lebih besar. ``Jika pengambilan tenaga secara berlebihan ini tidak digunakan oleh badan, maka akan mengalami pertambahan berat badan,'' ujarnya.

Oleh itu, kata Premila, adalah sangat penting individu gemuk dan obesiti mendapat nasihat pakar pemakanan dan doktor untuk memulakan langkah pertama menguruskan badan. Jelasnya, langkah menguruskan badan dengan cara menyekat makan, tidak makan, yo-yo diet dan makan snek yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi akan membuat individu tersebut gagal.

Sebaliknya, beliau menasihatkan mereka yang gemuk dan obesiti mengamalkan cara gaya hidup sihat agar mendapat bentuk badan yang ideal melalui cara pemakanan yang betul iaitu:-

* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.

* Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.

* Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.

* Lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, pada kadar 30 hingga 40 minit.

* Menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan.

Bagaimanapun, tambahnya, jika seseorang yang obesiti dengan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dan mempunyai masalah kesihatan, dinasihatkan berjumpa doktor.

Oleh: AINUL ASNIERA AHSAN

10 Juta Rakyat Malaysia Gemuk


KUALA LUMPUR 23 Feb. – Hampir 10 juta penduduk negara ini menghadapi masalah kegemukan, kebanyakannya berpunca daripada pengambilan makanan segera yang melampau.

Anggaran tersebut merangkumi mereka yang melebihi berat badan ideal melalui pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI).

Pegawai Sains Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul Faridah Kamarul Zaman berkata, masalah itu diburukkan dengan sikap ibu bapa yang mengambil jalan mudah memberikan anak mereka makanan segera untuk menjimatkan masa.

‘‘Setiap set hidangan tiga ketul ayam goreng mempunyai lebih 1,000 kalori sedangkan kita hanya memerlukan kira-kira 1,600 kalori setiap hari.

‘‘Ditambah pula dengan penyediaan khidmat penghantaran cepat oleh sesetengah restoran makanan segera, semakin ramai yang tidak mengamalkan cara pemakanan sihat.

‘‘Kajian terhadap aktiviti fizikal penduduk pula menunjukkan 70 peratus rakyat negara ini tidak bersenam, menggandakan risiko terhadap arteri koronari tersumbat dan kencing manis,” katanya kepada pemberita selepas ceramah cara mengatasi masalah 3G (gebu, gempal dan gemuk) di sini hari ini.

Beliau berkata, pengharaman iklan makanan segera juga tidak bermakna jika orang ramai tidak dididik mengubah cara pemakanan mereka, terutamanya bagi kanak-kanak sekolah.

Jelasnya, jika langkah tersebut diteruskan, pihak peniaga juga pasti dapat mencari cara lain untuk mempromosikan produk mereka seperti yang dilakukan dalam pemasaran rokok kini melalui mesej tersembunyi.

Cadangan menghentikan pengiklanan makanan segera dibuat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada 16 Februari lalu dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan penduduk negara ini.

Soi Lek juga telah mengesahkan cadangan itu akan dikemukakan ke Kabinet secepat mungkin.

Cadangan itu mendapat sokongan banyak pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Penerangan, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Dalam pada itu, Kamarul Faridah turut mengingatkan orang ramai agar bijak memilih makanan ketika berada di luar, terutamanya untuk anak mereka.

‘‘Banyak pembuat biskut dan kek juga kini menggunakan lemak trans yang boleh menyebabkan masalah berat badan dan penyakit jantung.

‘‘Menggantikan nasi dengan mi juga tidak akan membantu menguruskan badan memandangkan kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang hampir sama,’’ katanya.

Menurutnya, setiap pinggan makanan berminyak seperti nasi, mi dan kuetiau goreng pula mempunyai jumlah kalori yang sangat tinggi, mencecah satu pertiga jumlah kalori yang sepatutnya diambil setiap hari.

Beliau turut menasihatkan orang ramai mendidik anak-anak memakan lebih banyak buah dan sayur dari usia muda bagi menjamin kesihatan mereka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=laporan_khas&pg=lk_01.htm&arc=hive&arc=hive

33 Petua dan Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/09/33-petua-dan-tip-kuruskan-badan-tanpa.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...