Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat. Tidak perlu berbelanja mahal
beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma
mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan
sihat. Kali ini saya nak kongsi (saya jumpa tips ni dari sebuah blog)
cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah..
1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta
membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian
tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan
selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan
berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.
2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam
adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri
setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan
selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu
lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur
awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan
seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah
mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting
untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur,
kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari
waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini
adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.
4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih
murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran.
Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat,
jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan
kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas
sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko
berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat
lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak
bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses
kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak
konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya
menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak
berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.
7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen
penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara
berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah
secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih
baik.
9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber
stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon
kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan
kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang
kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak
terus.
10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan
selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh
melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. Namun bagi seseorang
yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan
terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.
11. Jaga Tindakan
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin
tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak
menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal,
jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.
12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman.
Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan
kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV
bukan pembunuh, jika dikesan awal.
Sumber:akuislam.com
http://penpatah.blogspot.com/2011/10/cara-paling-malas-dan-murah-untuk-kekal.html