Tips Kelihatan Kurus

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.....


Sedikit perkongsiaan bagi yang ingin kelihatan kurus walaupun badan sedikit berisi.
  • Elakkan memakai pakaian yang licin kainnya. Fabrik licin menyebabkan badan kelihatan lebih besar.
  • Elakkan memakai baju berbelang melintang, pakailah pakaian yang menegak belangnya. Ilusi mampu membuat badan kelihatan lebih kurus.
  • Pilihlah baju yang bercorak bunga kecil supaya akan nampak lebih kurus. Kalau pakai baju yang bercorak/ berbunga besar akan jadi sebaliknya.
  • Jangan pakai pakaian terlalu besar, dan jangan pakai pakaian terlalu sendat. Terlalu besar akan buat diri nampak lebih besar dan terlalu sendat pula akan menampakkan segala lemak pada badan yang mahu disorok.
  • Kalau jenis badan yang berisi kat peha tu, pakailah baju yang agak labuh menutup punggung dan peha. Seeloknya baju tu bercekak kat pinggang untuk mengalihkan perhatian mata orang yang melihat.
  • Kalau jenis badan berisi kat pinggang pula, pilihlah baju yang tidak bercekak supaya lemak2 kat pinggang dapat ditutup dengan jayanya. Boleh alihkan perhatian dengan memakai jeans berpoket dan sebagainya.
  • Untuk yang tak bertudung (non muslim), pilihlah leher baju yang berbentuk V kerana ianya akan menampakkan diri kelihatan lebih kurus.
  • Pilihlah pakaian yang berwarna gelap, selalu orang akan pilih hitam. Warna gelap mampu membuat seseorang kelihatan lebih kecil daripada saiz asal. Tapi janganlah pakai fully hitam, macam orang berkabung pulak dah. Boleh match dengan warna lain yang ceria.
  • Pakai bengkung suapaya lemak dapat disembunyikan selain fungsi bengkung membentuk kontur tubuh badan.
Kalau ada tambahan lagi bolehlah kongsikan bersama... Kebanyakan point aku ni berdasarkan apa yang aku pernah baca dan tahu.
http://arisyahjahirah.blogspot.com/2012/10/tips-kelihatan-kurus.html

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...