Kenapa Anda Perlu Berdiet?

Tentu ramai di kalangan anda yang menyangka diet hanyalah untuk golongan yang ingin menurunkan berat badan saja. Tanggapan ini sebenarnya kurang tepat. Ini kerana diet yang betul bukan sekadar untuk kuruskan badan atau menurunkan berat badan.

Tujuan berdiet sebenarnya lebih luas daripada itu. Diet seimbang penting bagi mengurangkan risiko anda dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit yang dimaksudkan adalah barah, jantung, obesiti dan juga diabetes.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara diet yang betul?

Baiklah, di bawah nanti ada beberapa tips diet yang boleh anda ikuti. Harap ianya boleh dijadikan panduan agar tahap kesihatan anda sentiasa berada paras optimum ya;


1. Memahami Piramid Makanan


Piramid Makanan
Piramid Makanan - infosihat.gov.my


Anda boleh merancang menu seharian yang sihat berdasarkan piramid makanan. Fahami jenis makanan yang perlu diambil pada kuantiti yang banyak, sederhana dan sedikit. Nescaya diet anda akan lebih seimbang selepas ini.


2. Pilih Makanan yang Segar


Tahap kesegaran makanan yang anda pilih juga mesti diperhatikan. Sebagai contoh, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang masih segar.

Perhatikan keadaan fizikal dan warnanya. Pilihlah yang tak layu dan warnanya pula masih terang. Jika dah lebam atau pudar warnanya, baik anda lupakannya.


3. Serat


Jangan lupa memasukkan makanan yang mengandungi serat dalam menu anda. Banyakkanlah memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan minum air secukupnya.

Pengambilan serat penting bagi memastikan kelancaran sistem pencernaan anda dan seterusnya ia bekerja dapat bekerja dengan lebih efisien.

4. Minum Air Putih


Salah satu diet berkesan yang mudah adalah dengan meminum air putih secukupnya. Ia bertujuan menyeimbangkan kadar cecair dalam badan anda.

Bagaimana nak tahu sama ada ia cukup atau tidak?

Mudah aje. Sekiranya anda berasa haus, itu maknanya anda memang memerlukan air putih. :)



5. Kacang Soya


Memilih makanan berasaskan kacang soya setiap hari boleh membantu anda menurunkan kadar kolesterol.

Kacang Soya
Kacang Soya - www.webmd.com


Selain itu, ia berfungsi melindungi anda daripada diserang sakit jantung. Jadi, jangan lupa memasukkan tauhu, tempe atau air soya dalam menu harian anda.



6. Ikan Laut


Tubuh anda memerlukan lemak yang baik untuk memelihara kesihatan jantung. Nah, ikan laut seperti tuna dan salmon yang dapat membekalkannya.


Hidangan Berasaskan Tuna
Hidangan Berasaskan Tuna - blog.foodnetwork.com

Selain untuk jantung, ia juga mengandungi protein yang tinggi.



7. Bakteria


Terdapat juga jenis bakteria yang memang diperlukan tubuh. Iaitu bakteria baik. Contohnya seperti yogurt.


Yogurt
Yogurt - cookinglight.com



Fungsinya adalah memelihara saluran pencernaan dalam badan anda agar dapat berfungsi sepenuhnya serta menghalang kemasukan bakteria jahat. Bakteria jahat ni biasanya masuk melalui makanan yang anda makanlah.



8. Katakan Tidak pada Alkohol


Sudah terang lagi bersuluh, kan? Tubuh anda tak perlukan alkohol. Tubuh anda akan lebih sihat tanpa alkohol.



9. Lakukan Senaman


Mahu atau tidak, anda mesti bersenam sekiranya benar-benar mahu berdiet. Setakat menjaga pemakanan yang seimbang saja belum tentu akan menjayakan usaha diet anda.

Bersenamlah secara berkala dan teratur agar matlamat anda untuk menurunkan berat badan tercapai.



Selamat Mencuba!

Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Selepas melahirkan anak, kaum ibu pasti mahu kembali langsing seperti sebelumnya. Bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur, berlipat ataupun buncit.


badan langsing serta perut kempis


Jadi, untuk kempiskan perut ataupun mengelakkan perut buncit selepas bersalin, anda boleh mengikuti petua di bawah;

1. Memula, anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kapur sirih (kapur makan), sedikit minyak kayu putih dan sedikit perahan limau nipis.

2. Kemudian, gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga rata.

3. Seterusnya, sapukan bahan tadi ke seluruh kawasan perut dan pinggang si ibu juga sampai rata.

4. Setelah ia kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan kain lampin bayi.

Anda digalakkan mengulangi proses ini pada setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas melahirkan anak. InsyaAllah anda akan merasa kesannya kelak.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/01/petua-kempiskan-perut-selepas-bersalin.html#ixzz1uA36Leb7

4 Hidangan Kempiskan Perut

Dalam bulan puasa, kebanyakan kita pastinya berazam untuk mengempiskan perut. Jika tidak bulan ini, bila lagi, kan? Tetapi dek kerana tergoda dengan juadah yang menggiurkan di bazar ramadhan, hasrat itu semakin dilupakan. Godaan banyak sangat, mana tahan beb! Huhu...

Sehubungan ini, saya ingin kongsi sedikit beberapa jenis makanan yang membantu kita mengempiskan perut. Secara umumnya, kita memerlukan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi. Ini bagi mengelakkan dehidrasi.

Dehidrasi mengakibatkan tubuh kita menyimpan lebih banyak air. Di mana masa inilah berlakunya pembengkakan dan perut kembung. Itu yang kekadang kita pelik, kenapalah perut aku ni buncit semacam jer, kan?


Justeru, sekiranya hal ini terjadi, kita perlulah minum banyak air masak. Itu salah satu caranya.


Di samping banyakkan meminum air masak, kita perlu ambil tembikai. Tembikai mengandungi diuretic semulajadi yang membuatkan kita sering buang air kecil. Secara tak langsung, perut yang buncit pun akan mengempislah.


Selain tembikai, kita boleh pilih blueberry. Buah beri biru ini memang kaya dengan anti-oksidan bagi mengurangkan lemak perut.

Kemudiannya asparagus. Sup asparagus juga merupakan diuretik semulajadi yang membantu mengurangkan berat air dalam badan.


3 jenis asparagus
3 jenis asparagus - wikipedia.org



Begitu juga dengan ikan salmon. Kalau buat sushi sedap ni Ia kaya dengan Omega 3 yang membantu melancarkan sistem pencernaan kita.


ikan salmon panggang
Ikan salmon panggang - myrecipes.com


Akhir sekali ialah buah-buahan sitrus seperti lemon, limau mandarin, limau nipis dan jenis limau yang lain. Dengan meminum minuman jenis sitrus ini pun dapat melancarkan sistem pencernaan kita.


contoh buah citrus
Contoh buah citrus - wikipedia.org


Ah-ha!! Begitulah antara hidangan yang boleh kita utamakan sekiranya mahu mengempiskan perut. Bukan hanya di bulan Ramadhan. Malah, di bulan-bulan lain juga. Moga cara dan tip kempiskan perut di atas memberi nafas baru kepada kita yang berazam mengempiskan perut. 

Semoga berjaya yea. =)

5 Tips Mengatasi Perut Buncit

Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah 10 tips yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.

1. Jus limau - Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.

2. Elakkan minuman sejuk ketika makan - Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.

3. Berpuasa - Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.

4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur - Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.

5. Kombinasi makanan - Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan. Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan. Sumber | hotreload2u.blogspot.com

http://www.terbaik.my/2012/02/5-tips-mengatasi-masalah-perut-buncit.html

Cara Mengurangkan Lemak Dalam Badan

Lemak yang berlebihan dalam badan ni kadang-kadang membuatkan diri kita berasa kurang selesa. Secara tak langsungnya, bila kadar lemak meningkat, berat badan pun akan bertambah gak. Untuk itu, saya nak kongsi satu lagi petua untuk mengurangkan lemak dengan anda semua.


Caranya adalah dengan meminum air asam jawa. Mula-mula, anda ambil sebuku asam jawa.


gambar asam jawa aka tamarind
Gambar hiasan - TrekNature



Kemudian, ramas asam jawa tadi dengan segelas air putih dan sejukkannya di dalam peti sejuk.

Seterusnya, selepas anda makan tengahari atau malam, minumlah air asam jawa tadi. Amalkan meminumnya setiap hari secara konsisten. Mudah-mudahan anda berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur dan selamat. :)

Nak Kurus? 10 Kesilapan Diet Paling Besar

Dalam kebanyakan seminar-seminar dan email soal-jawap tentang diet, berikut adalah antara mistake yang sering diulang. Kesilapan berikut TIDAK akan membantu anda kurangkan berat badan. Jadi pastikan anda tidak amalkan mistake berikut.
  1. Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.
  2. Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.
  3. Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
  4. Elak nasi. Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
  5. Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
  6. Harapkan makanan tambahan. Herbalife anyone? Tiada masalah dengan Herbalife atau mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.
herbalife? Saya tiada masalah dgn penggunaan herbalife atau mana2 produk meal replacement. Tapi ia juga makanan dan bukanlah produk ajaib. Cuma kosnya tidak munasabah untuk penggunaan jangka masa panjang di Malaysia. Saya prefer whey protein – lebih ekonomi.


  • Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
  • Elak makanan tempatan. Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
  • Terlalu fokus kepada satu perkara. Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
  • Diet jangka masa pendek. Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

  • Amalan diet saya SAMA dari january 1st sampai Disember 31. Ia amalan gaya hidup yang TETAP dan bukan program 12 minggu.
    http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-kesilapan-diet-untuk-kurus/

    Petua Ringkas Menurunkan Berat Badan

    Perbincangan mengenai cara menurunkan berat badan seringkali kita dengar baik di kalangan kaum Adam mahupun Hawa. Isu ni sungguh universal. Kalau anda lihat di pasaran pun, pelbagai produk telah diperkenalkan untuk disasarkan kepada golongan yang mengalami masalah berat badan berlebihan ni. Cuma persoalan utama sekarang ni, sama ada ianya berkesan atau tidak. Mungkin ramai yang mengeluh kerana dah cuba pelbagai produk, namun hasilnya masih mengecewakan.

    Sebagai alternatif, saya sarankan anda gunakan saja bahan semulajadi. Lebih mudah, murah dan selamat. Cuma anda perlulah rajin untuk menyediakan bahannya sendiri (d.i.y) nanti, okay. :)

    Jen...jeng...jeng.. bahan yang anda perlukan adalah sama ada limau nipis ataupun limau kasturi.


    gambar limau nipis
    Gambar - Wikipedia



    Apa yang perlu anda buat sekarang ialah sediakan air limau nipis ataupun air limau kasturi.

    Caranya:

    Anda ambil 2 biji limau nipis/kasturi dan perahkan airnya ke dalam gelas. Kemudian campurkan perahan limau tadi dengan segelas air suam atau sejuk dan kacau.

    Akhir sekali, minumlah air limau ni setiap hari selepas makan. Sekurang-kurangnya, tunggu dulu 30 minit selepas makan, barulah diminum air limau tu.

    Amalkan sehinggalah berat badan anda menurun sedikit demi sedikit. Ermmm...banyak juga khasiat air limau nipis ni yer. :p

    Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/03/petua-ringkas-menurunkan-berat-badan.html#ixzz1uA1HHsIC
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...