Tips Cara Kuruskan Badan Dengan Kurma. Makanan Para Nabi.


Baru-baru ini, saya mendengar tentang khasiat buah kurma di radio. Memang banyak khasiatnya. Tambahan pula, inilah makanan para nabi yang terbukti berkhasiat pada tubuh badan kita. Antara khasiatnya menguatkan sistem imun kita dan memberi sumber tenaga yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Saya beli juga sebuah buku hasil nukilan seorang arab iaitu Ahmad Salim Baduwailan. Buku ini diterjemahkan oleh Muhammad Uria bertajuk Berubat Dengan Buah Tamar. Bila dibaca, perghhh. Banyak betul khasiat buah kurma yang tidak diketahui. Patutlah Rasulullah s.a.w. berpesan “Rumah yang tiada kurma, penghuninya sentiasa lapar”. Ini sebenarnya satu galakkan dari Rasulullah s.a.w. yang mengetahui betapa besar khasiat buah kurma ini.
.
.
Ok. kembali pada tajuk artikel ini iaitu tips nak kuruskan badan dengan buah kurma. Mesti ramai yang suka tips ini. Sebabnya ia mudah dan jimat wang. Caranya, jadikan buah kurma sebagai hidangan makan malam anda. So waktu malam, tak perlulah lagi makan nasi dengan lauk pauk. Tetapi gantikan dengan buah kurma. Cubalah buat dalam sebulan. InsyaAllah berat badan anda akan menurun. Badan pun lebih kurus, slim dan sihat.

Sebenarnya pada waktu malam, tubuh badan kita perlu banyak berehat. Jika tidak, makanan yang dimakan hanya akan menjadi lemak dan memberi tekanan pada organ tubuh kita. So amalan memakan kurma pada waktu malam memberi rehat pada organ di dalam tubuh kita. Seterusnya memberi kesihatan organ dan tubuh yang lebih baik. Tambahan lagi kurma memberi tenaga yang cepat pada tubuh kita. Inilah cara mudah kuruskan badan yang berkesan dan berkhasiat.

http://hairul.com/blog/tips-cara-kuruskan-badan-dengan-kurma-makanan-para-nabi/

Langkah Mengatasi Masalah Berat Badan

Image result for obes
Masalah berat badan merupakan masalah yang sangat pelik dan sering dipertanyakan oleh mereka  yang mengalami kegemukan. Menjadi gemuk merupakan mimpi buruk bagi sebahagian mereka terutama bagi mereka yang sangat mementingkan penampilan. Kegemukan juga akan mengurangkan rasa kurang percaya dan kurang keyakinan dalam diri. Namun yang demikian, tidak semua mereka yang mengalami kegemukan adalah mereka yang tidak berjaya. Terdapat juga tokoh-tokoh yang berjaya kini memiliki badan yang gemuk. Namun, berkemungkinan mereka ini tetap mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersukan misalnya.

Menurut Dr. Zahara Abdul Manaf pakar dietetic ‘Langkah paling sesuai dan mudah untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan pemakan yang sihat dan bersenam. Tidak perlu pengambilan pil kurus yang mana ia akan membeir kesan sampingan kepada tubuh badan.’ Disebabkan wujudnya kegusaran terhadap masalah kegemukan ini, di sini di sertakan beberapa langkah yang boleh di ikuti kita untuk mengawal berat badan.

  1.      Tingkatkan Keyakinan Diri

-“saya harus boleh!!!”. Tanamkan tiga perkataan ini dalam setiap langkah pertama dalam hidup kita bagi mengawal masalah berat badan. Godaan akan sentiasa datang namun kita harus sentiasa ingat bahawa kita mampu mengawalnya. Sentiasa menjadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai motivator dalam proses mengurangkan berat badan. . Mereka akan membantu kita dengan  memberikan dorongan apabila kita mengalami putus asa dengan program penurunan berat badan yang sedang di lakukan.

         2.  Mengambil Sarapan

-Sarapan merupakan perkara yang wajib dilakukan bagi mereka yang ingin menjaga berat badan mereka. Menurut kajian, kita seharusnya jangan  meninggalkan rumah pada waktu pagi tanpa menjamah sebarang makanan kerana sumber makanan yang dimakan akan memberikan kita cukup tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Tidak perlu mengambil menu sarapan makanan yang berat berat. Memadailah dengan hanya mengambil pisang, yogurt, sereal, roti dan lain-lain yang bersesuaian kerana makanan yang ringan ini  mengandung banyak serat dan protein yang akan membuatkan kita berasa kenyang sehingga tiba waktunya makan tengahari.

      3.  Label Makanan

- Sediakan beberapa waktu sejenak untuk membaca kandungan gizi pada label makanan. Yang perlu diperhatikan adalah kandungan kalorinya kerana zat inilah yang berperanan dalam menambahkan berat badan seseorang apabila diambil secara berlebihan. Sesuaikan keperluan tenaga atau kalori kita dalam sehari dengan catatan yang tertera dalam label makanan tersebut.

     4.    Makan Dengan Betul. 

-Untuk jangka pendek sememangnya diet akan menurunkan berat badan kita, namun apabila ketika berdiet ia di hentikan maka berat badan  akan bertambah kembali. Makan makanan yang sihat ketika diet atau mengurangi beberapa jenis makanan tidak semestinya akan membuat berat badan  turun. Tetapi yang paling penting adalah dengan memilih makanan yang seimbang nilai gizinya sesuai dengan keperluan tubuh kita kerana kalori yang dimakan akan dimanfaatkan secara secapa optimum.

   5.      Makan Secara Teratur.

- Tubuh secara semulajadi akan menurunkan metabolisme apabila berasa lapar. Hal ini tentu tidak begitu baik sewaktu menjalani proses penurunan berat badan. Jadi, bagi menghindari hal tersebut maka pola makanan harian yang seimbang dan rutin perlu di lakukan setiap hari. Pastikan jumlah makan juga minimumnya 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan awal malam.

 

  6.       Banyakkan Pengambilan Makanan Berserat.

- Serat adalah sangat penting untuk menjaga tubuh kita agar tetap sihat. Serat yang kita makan sehari hari adalah berfungsi bagi membantu menurunkan kolesterol dan melancarkan saluran pencernaan. Serat juga boleh mengenyangkan dan secara semulajadi mengurangi jumlah makanan yang tidak berguna. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah dan  ia sesuai sebagai  bahan makanan yang di perlukan bagi menurunkan berat badan.

 

7.         Mengambil Makanan Yang Sihat.

            -Pilihlah makanan yang tidak mengandung lemak yang banyak dan perbanyakkan pengambilan  buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu juga pilihlah minyak sayur sebagai sumber lemak kerana minyak sayuran mengandung lemak yang kurang. Jadi sebagai alternatif lain, kita perlu  makan makanan yang mengandung banyak Omega 3 seperti ikan. Banyakkan memakan makanan yang mengandung protein dalam jumlah banyak akan membuat perut kita berasa kenyang dalam beberapa jam sehingga mengurangi keinginan kita untuk makan makanan yang mengandung kalori tinggi.

8.         Olah raga dan senaman.

- Sesuaikan olah raga yang di pilih dengan keadaan tubuh. Salah satu olah raga yang sihat, murah dan boleh dilakukan oleh semua orang adalah berjalan kaki. Berjalan minimum 5 kilometer sehari dan usahakan selalu untuk menambah jarak kita berjalan adalah sesuatu yang digalakkan. Ingat, senaman tidak hanya menurunkan berat badan kita tetapi juga supaya tubuh kita menjadi lebih sihat.


Image result for jogging
Jogging/berjalan kaki mampu mengurangkan berat badan
9.         Minum air secukupnya.

- Beberapa ahli dan pakar kesihatan menyatakan bahawa, dengan meminum air yang cukup maka kita akan terhindar daripada makan secara berlebihan. Disarankan agar kita minum air sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Selain untuk mengawal berat badan, air juga mampu mejadikan tubuh kita sihat dan cergas serta terhindar dari risiko penyakit.

Kenapa Anda Perlu Berdiet?

Tentu ramai di kalangan anda yang menyangka diet hanyalah untuk golongan yang ingin menurunkan berat badan saja. Tanggapan ini sebenarnya kurang tepat. Ini kerana diet yang betul bukan sekadar untuk kuruskan badan atau menurunkan berat badan.

Tujuan berdiet sebenarnya lebih luas daripada itu. Diet seimbang penting bagi mengurangkan risiko anda dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit yang dimaksudkan adalah barah, jantung, obesiti dan juga diabetes.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara diet yang betul?

Baiklah, di bawah nanti ada beberapa tips diet yang boleh anda ikuti. Harap ianya boleh dijadikan panduan agar tahap kesihatan anda sentiasa berada paras optimum ya;


1. Memahami Piramid Makanan


Piramid Makanan
Piramid Makanan - infosihat.gov.my


Anda boleh merancang menu seharian yang sihat berdasarkan piramid makanan. Fahami jenis makanan yang perlu diambil pada kuantiti yang banyak, sederhana dan sedikit. Nescaya diet anda akan lebih seimbang selepas ini.


2. Pilih Makanan yang Segar


Tahap kesegaran makanan yang anda pilih juga mesti diperhatikan. Sebagai contoh, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang masih segar.

Perhatikan keadaan fizikal dan warnanya. Pilihlah yang tak layu dan warnanya pula masih terang. Jika dah lebam atau pudar warnanya, baik anda lupakannya.


3. Serat


Jangan lupa memasukkan makanan yang mengandungi serat dalam menu anda. Banyakkanlah memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan minum air secukupnya.

Pengambilan serat penting bagi memastikan kelancaran sistem pencernaan anda dan seterusnya ia bekerja dapat bekerja dengan lebih efisien.

4. Minum Air Putih


Salah satu diet berkesan yang mudah adalah dengan meminum air putih secukupnya. Ia bertujuan menyeimbangkan kadar cecair dalam badan anda.

Bagaimana nak tahu sama ada ia cukup atau tidak?

Mudah aje. Sekiranya anda berasa haus, itu maknanya anda memang memerlukan air putih. :)



5. Kacang Soya


Memilih makanan berasaskan kacang soya setiap hari boleh membantu anda menurunkan kadar kolesterol.

Kacang Soya
Kacang Soya - www.webmd.com


Selain itu, ia berfungsi melindungi anda daripada diserang sakit jantung. Jadi, jangan lupa memasukkan tauhu, tempe atau air soya dalam menu harian anda.



6. Ikan Laut


Tubuh anda memerlukan lemak yang baik untuk memelihara kesihatan jantung. Nah, ikan laut seperti tuna dan salmon yang dapat membekalkannya.


Hidangan Berasaskan Tuna
Hidangan Berasaskan Tuna - blog.foodnetwork.com

Selain untuk jantung, ia juga mengandungi protein yang tinggi.



7. Bakteria


Terdapat juga jenis bakteria yang memang diperlukan tubuh. Iaitu bakteria baik. Contohnya seperti yogurt.


Yogurt
Yogurt - cookinglight.com



Fungsinya adalah memelihara saluran pencernaan dalam badan anda agar dapat berfungsi sepenuhnya serta menghalang kemasukan bakteria jahat. Bakteria jahat ni biasanya masuk melalui makanan yang anda makanlah.



8. Katakan Tidak pada Alkohol


Sudah terang lagi bersuluh, kan? Tubuh anda tak perlukan alkohol. Tubuh anda akan lebih sihat tanpa alkohol.



9. Lakukan Senaman


Mahu atau tidak, anda mesti bersenam sekiranya benar-benar mahu berdiet. Setakat menjaga pemakanan yang seimbang saja belum tentu akan menjayakan usaha diet anda.

Bersenamlah secara berkala dan teratur agar matlamat anda untuk menurunkan berat badan tercapai.



Selamat Mencuba!

Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Selepas melahirkan anak, kaum ibu pasti mahu kembali langsing seperti sebelumnya. Bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur, berlipat ataupun buncit.


badan langsing serta perut kempis


Jadi, untuk kempiskan perut ataupun mengelakkan perut buncit selepas bersalin, anda boleh mengikuti petua di bawah;

1. Memula, anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kapur sirih (kapur makan), sedikit minyak kayu putih dan sedikit perahan limau nipis.

2. Kemudian, gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga rata.

3. Seterusnya, sapukan bahan tadi ke seluruh kawasan perut dan pinggang si ibu juga sampai rata.

4. Setelah ia kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan kain lampin bayi.

Anda digalakkan mengulangi proses ini pada setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas melahirkan anak. InsyaAllah anda akan merasa kesannya kelak.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/01/petua-kempiskan-perut-selepas-bersalin.html#ixzz1uA36Leb7

4 Hidangan Kempiskan Perut

Dalam bulan puasa, kebanyakan kita pastinya berazam untuk mengempiskan perut. Jika tidak bulan ini, bila lagi, kan? Tetapi dek kerana tergoda dengan juadah yang menggiurkan di bazar ramadhan, hasrat itu semakin dilupakan. Godaan banyak sangat, mana tahan beb! Huhu...

Sehubungan ini, saya ingin kongsi sedikit beberapa jenis makanan yang membantu kita mengempiskan perut. Secara umumnya, kita memerlukan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi. Ini bagi mengelakkan dehidrasi.

Dehidrasi mengakibatkan tubuh kita menyimpan lebih banyak air. Di mana masa inilah berlakunya pembengkakan dan perut kembung. Itu yang kekadang kita pelik, kenapalah perut aku ni buncit semacam jer, kan?


Justeru, sekiranya hal ini terjadi, kita perlulah minum banyak air masak. Itu salah satu caranya.


Di samping banyakkan meminum air masak, kita perlu ambil tembikai. Tembikai mengandungi diuretic semulajadi yang membuatkan kita sering buang air kecil. Secara tak langsung, perut yang buncit pun akan mengempislah.


Selain tembikai, kita boleh pilih blueberry. Buah beri biru ini memang kaya dengan anti-oksidan bagi mengurangkan lemak perut.

Kemudiannya asparagus. Sup asparagus juga merupakan diuretik semulajadi yang membantu mengurangkan berat air dalam badan.


3 jenis asparagus
3 jenis asparagus - wikipedia.org



Begitu juga dengan ikan salmon. Kalau buat sushi sedap ni Ia kaya dengan Omega 3 yang membantu melancarkan sistem pencernaan kita.


ikan salmon panggang
Ikan salmon panggang - myrecipes.com


Akhir sekali ialah buah-buahan sitrus seperti lemon, limau mandarin, limau nipis dan jenis limau yang lain. Dengan meminum minuman jenis sitrus ini pun dapat melancarkan sistem pencernaan kita.


contoh buah citrus
Contoh buah citrus - wikipedia.org


Ah-ha!! Begitulah antara hidangan yang boleh kita utamakan sekiranya mahu mengempiskan perut. Bukan hanya di bulan Ramadhan. Malah, di bulan-bulan lain juga. Moga cara dan tip kempiskan perut di atas memberi nafas baru kepada kita yang berazam mengempiskan perut. 

Semoga berjaya yea. =)

5 Tips Mengatasi Perut Buncit

Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah 10 tips yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.

1. Jus limau - Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.

2. Elakkan minuman sejuk ketika makan - Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.

3. Berpuasa - Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.

4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur - Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.

5. Kombinasi makanan - Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan. Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan. Sumber | hotreload2u.blogspot.com

http://www.terbaik.my/2012/02/5-tips-mengatasi-masalah-perut-buncit.html

Cara Mengurangkan Lemak Dalam Badan

Lemak yang berlebihan dalam badan ni kadang-kadang membuatkan diri kita berasa kurang selesa. Secara tak langsungnya, bila kadar lemak meningkat, berat badan pun akan bertambah gak. Untuk itu, saya nak kongsi satu lagi petua untuk mengurangkan lemak dengan anda semua.


Caranya adalah dengan meminum air asam jawa. Mula-mula, anda ambil sebuku asam jawa.


gambar asam jawa aka tamarind
Gambar hiasan - TrekNature



Kemudian, ramas asam jawa tadi dengan segelas air putih dan sejukkannya di dalam peti sejuk.

Seterusnya, selepas anda makan tengahari atau malam, minumlah air asam jawa tadi. Amalkan meminumnya setiap hari secara konsisten. Mudah-mudahan anda berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur dan selamat. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...